Sunday 8 September 2019

TTC STORY PART 5 - 1st appointment dengan Doktor Adilah Ahmat aka doktor cantik!

Assalamualaikum. Hi this is me, Rida!

Ok, I terus sambung dari story yang sebelum ni. Lepas je balik dari klinik untuk procedure iui, kami pun terus balik ke rumah. Ingatkan lepas balik rumah, bolehlah relaks ke apa kan? Rupanya tak, I ni sejenis yang tak suka tengok rumah bersepah. So, apa lagi... I mulakan misi bersihkan car porch. Kalau dulu memang I ni suka sangat buat kerja-kerja pembersihan ni dari dalam rumah sampaila ke luar rumah. Kadang luar pagar pun I buat jugak. Tapi itu dulu, lepas I dah belajar dari seseorang (nama tak boleh mention... ), so I pun dah start belajar buat kerja mana yang rasa penting je. Kalau kat luar tu, biar husband yang settle kan. Nti kalau buat semua, husband takda kerja pulak nak buat. Hahaha...  Husband pun dah bising-bising kenapa buat kerja. Patutnya duduk rehat je lepas buat iui tu. Tapi ye la kan... Tak cukup ilmu masa tu. So, result daripada 1st iui ni memang negative. Macam biasa cik p akan datang menjengah setiap bulan tanpa missed pun. Perasaan ??? Mestilah kecewa dan sedih.

Setelah beberapa bulan selepas 1st iui tu, barulah I called klinik doktor Hamid Arshat dan inform klinik yang I tak pregnant lepas iui tu and I pun try tanya klinik yang I nak proceed ivf kalau doktor Hamid boleh buat procedure ivf. Sebab I tak nak bazir masa, bazir umur dan duit.... Sebab masa tu umur I dah masuk 31 tahun. After tanya staff kat klinik pasal nak proceed ivf, dia bgtau yang doktor tak buat ivf. Tapi kalau nak buat ivf, doktor akan refer ke Doktor Adilah Ahmat dekat Hospital Pantai KL (PHKL). Bila dia sebut nama doktor Adilah Ahmat, I pun terfikir yang kawan I ada suggest kat I suruh pergi jumpa doktor Adilah Ahmat. Tapi I tak pergi pun sebab dah jumpa doktor Hamid kan? Tapi bila staff klinik sebut nama doktor Adilah terus I rasa kenapa la tak pergi jumpa dia je... Hmmmm...So, I pun cakap ok. I nak refer ke doktor Adilah Ahmat dan semua dokumen I dari doktor Hamid Arshat di transfer ke klinik doktor Adilah Ahmat di PHKL. Semuanya diuruskan oleh klinik doktor Hamid. Tarikh appointment pun dia tolong buatkan.

1st appointment dengan doktor Adilah Ahmat sangat2 excited. Sebab apa excited... Sebab I dah buat research pasal doktor Adilah before datang jumpa dia. I baca semua blog doktor Adilah. Semua story berkenaan dengan kesuburan dan ivf. Ingat lagi, masa tu bulan 9 thn 2013, kami datang berjumpa dengan doktor Adilah Ahmat di bangunan lama PHKL. Sekarang klinik doktor dah pindah ke bangunan baru. Masa jumpa doktor, terus doktor tanya kenapa and kami pun story semua dekat doktor. Doktor pun baca jgk file dari klinik doktor Hamid. Selepas tu, doktor buat tvs dan check semua ok. Mean, tiada masalah. So, kami pun decided nak buat ivf secepat yang mungkin. Ivf pertama kami adalah pada bulan berikutnya iaitu bulan 10/2013. 1st appointment berjalan dengan lancar... Doktor minta untuk buat blood test. Check, thyroid, hepatitis, hiv, hormones dan semua yang berkaitan kecuali doktor tak check pun vitamin d pada masa tu. Sebelum balik, doktor suruh setkan untuk appointment kedua.

Kami balik dengan perasaan yang sangat2 happy sebab impian nak dapat anak sudah semakin hampir dengan rawatan ivf yang kami akan lakukan pada bulan berikutnya. Masa tu, bersyukur sangat2 sebab semuanya dipermudahkan.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Persediaan sebelum IVF bersama Doktor Adilah Ahmat-1st IVF

Assalamualaikum. Hi...this is me, Rida! Ok sambung balik TTC story untuk dapatkan Aydin. Hehe... Actually banyak perkara nak kena ...