Monday 16 September 2019

Persediaan sebelum IVF bersama Doktor Adilah Ahmat-1st IVF

Assalamualaikum. Hi...this is me, Rida!

Ok sambung balik TTC story untuk dapatkan Aydin. Hehe... Actually banyak perkara nak kena ingat balik semasa buat rawatan IVF ni. So, kena la gali balik semua file dan nasib baik I ni jenis yang memang letak semua rekod perubatan dalam file. Memang dikhaskan untuk rawatan IVF ni. Bukan apa, sebab bila je dh tekad ke arah itu... Bermulalah segala perincian yang perlu dilakukan. Al-maklumla, rawatan ni memerlukan komitmen yang sangat-sangatla tinggi. Suami dan isteri perlu ada kerjasama yang kuat. Kalau tidak usaha ni tak akan berhasil. I juga ada buat nota kecil. Setiap kali jumpa doktor, buku kecil akan I bawa bersama dengan file dan setiap kali doktor beri penerangan, I akan tulis. Sebab tak nak lupa. Kadang-kadang masa tulis tu, tak paham doktor cakap, I akan minta doktor ulang balik. Hehe... Suami? Diam je masa tu, tapi I suruh dia fokus apa yang doktor cakap. Sebab nanti I akan tanya dia balik untuk kepastian. 

11 SEPTEMBER 2013 - Appointment Pertama

Appointment pertama dengan Doktor Adilah Ahmat di klinik doktor yang terletak di Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL).
Doktor buat scan TVS, buat blood test husband and wife, check sperm count untuk husband dan berikan ubat Progynova selepas bagitau nak proceed untuk IVF. Doktor inform untuk datang appointment kedua pada 23/9/2013 atau 24/9/2013. Owh ye masa jumpa doktor, I ada bgtau ambil supplement shaklee. And then doktor suruh stop makan semua supplement kecuali ubat doktor dan supplements yang doktor recommended je. Doktor suggested untuk ambil supplements untuk husband adalah multivitamin, vitamin C, zink, magnesium dan cellenium. Untuk I pulak doktor suggested ambil multivitamin sahaja. Supplements yang lain-lain kena stop. Disebabkan I ambil shaklee, doktor suruh untuk check blood test sekali lagi.

23 SEPTEMBER 2013 - Appointment Kedua


Appointment kedua hanya datang buat blood test kedua untuk check effect dari makan shaklee dan doktor bagi result blood test yg pertama. Semuanya ok, cuma hormone lelaki terlebih sikit. So, ubat Progynova tu la yang boleh betulkan hormone. Doktor suruh makan ubat Progynova tu bermula pada 24/9/2913 iaitu esoknya selepas appointment kedua. Cara makan ubat tu pula doktor siap bagitau suruh makan 1 biji pagi selepas makan pagi dan 1 biji malam selepas makan malam and then tunggu sampai period. I attached sekali result blood test yang I punya untuk rujukan.





24 SEPTEMBER 2013 - Start makan ubat Progynova


I ikut makan ubat tu seperti yang doktor bagitau dan multivitamin pun I start makan and then I tunggu sampai waktu period. Multivitamin I just ambil yang brand Blackmores je. Contoh Progynova yang doktor bagi adalah sama seperti picture kat bawah ni.


Source:Mr. Google.

Multivitamin brand Blackmores
I lupa brand vitamin apa yang husband I ambil sebab dah lama dia tak ambil vitamin sejak dah dapat anak ni. I masih lagi teruskan makan multivitamin ni sampai la sekarang. 

Owh ya, masa appointment kedua... Doktor ada pesan supaya bila datang period hari pertama doktor suruh:

1. Call atau whatapps doktor bagitau bila tarikh period pertama datang. 
2. Tanya doktor bila tarikh perlu datang klinik untuk scan telur dan;
3.  Tanya doktor juga bila tarikh nak stop ubat Progynova. 

Doktor juga dah buat senarai ubat yang perlu dibeli dari kak Fauziah dkt LPPKN. Tapi sekarang kak Fauziah dah tak jual ubat untuk IVF setelah kak Fauziah dah bersara. Tak sure pulak sekarang ni doktor suggest suruh beli ubat dekat mana dan doktor juga tak suggest untuk beli ubat dekat hospital kerana terlalu mahal. Untuk ambil ubat, doktor suruh call kak Fauziah dalam 4 hari sebelum period untuk standby stock ubat supaya kita boleh prepare ubat tu sebelum waktu period. Kalau hari ni period baru call kak Fauziah, memang ubat tu akan dapat lambat. So, macam mana nak guna ubat tu ikut time yang betul kan? Masa tu jugak doktor bagitau cara simpan semua ubat yang akan dibeli dengan kak Fauziah. Cara simpan semua ubat tu perlu diletakkan ke dalam peti sejuk khas. Bukan peti sejuk yang biasa kita guna yang ada dekat dapur kita tu. Sebab ada ubat tu kena jaga suhu dia. Tak boleh sentiasa buka peti sejuk. Jadi, kami pun beli la peti sejuk khas untuk simpan ubat semata dan letak dalam bilik. Ala...peti sejuk yang kecik tu, size box tu... Sesuai la letak semua ubat dan siap letak shringe, jarum bagai... Hehe. 

Ok, ni senarai ubat yang doktor suruh beli dengan kak Fauziah ialah:

1. Pergoveris = 8 kotak, mintak sekali jarum dan kapas
2. Cetrotide = 4 kotak
3. Ovidrel = 1 kotak
4. Utrogestan = 4 kotak

Picture kat bawah ni adalah nota tangan dari doktor sendiri. Siap tulis estimated harga ubat lagi per box. Tulisan merah tu, I yang tulis untuk lebih detail. Takut lupa. Hehe. 



27 SEPTEMBER 2013

I call kak Fauziah untuk standby ubat dan janji untuk ambil bila nak dekat period. I bagi tau nak semua ubat yang doktor suruh beli. Tak silap I total semua ubat dalam RM6k lebih. 

01 OKTOBER 2013

Jumpa kak Fauziah dekat rumah dia di Selayang. Masa tu jumpa kak Fauziah, sejuk je tengok raut muka kak Fauziah. Perasaan excited sangat-sangat masa tu sama macam 1st time jumpa doktor Adilah. 😁 Masa tulah kak Fauziah terang kan cara-cara penggunaan semua ubat tu. I attached nota I kat bawah ni supaya senang nak rujuk.



Ha... Paham tak apa yang I tulis dalam nota tu. Hehe... Kalau tak paham, meh I terang kan balik. Yang pictures atas tu adalah cara-cara penggunaan ubat Pergoveris. Ada 8 kotak yang perlu beli. Bila buka kotak je ada 2 botol kecik. 1 color putih dan 1 lagi color pink. Color putih tu ubat dia dalam bentuk serbuk dan color pink tu air untuk bancuh ubat serbuk tu. Perlu combine kedua-duanya barulah boleh sedut ubat tu guna shringe. Untuk cucuk ubat tu, kena guna jarum besar. 1st cucuk dekat air botol color pink, just ambil 0.5 sahaja. Kemudian masukkan air tu ke dalam botol putih yang ada serbuk dan goncang perlahan-lahan selama 7 kali. Jangan goncang kuat-kuat ye. Selepas itu tukar jarum ke jarum halus dan sedut semua ubat tadi sampai takde tinggal balance pun. Kalau ada balance kena sedut balik. Lepas tu barulah cucuk dekat perut berhampiran dengan pusat. Kalau 5 hari, so cucuk la keliling pusat tu. Masa ni kami bancuh ubat tu pukul 5 pagi setiap hari untuk 5 hari. Bila dah cucuk kat perut, kena baring kejap dalam 5 minit. 

Bersambung...



No comments:

Post a Comment

Persediaan sebelum IVF bersama Doktor Adilah Ahmat-1st IVF

Assalamualaikum. Hi...this is me, Rida! Ok sambung balik TTC story untuk dapatkan Aydin. Hehe... Actually banyak perkara nak kena ...