Friday 6 September 2019

TTC STORY PART 4 - 1st IUI

Assalamualaikum. Hi, this is me, Rida!

Perjalanan ttc I disambung lagi setelah usaha selama 3 bulan tidak berhasil. Kami pun dengan berat hati datang balik berjumpa dgn doktor Hamid Arshat. Doktor beritahu untuk cuba rawatan IUI pulak. Actually, before doktor mention pasal iui tu, I dah tau macam mana proses iui tu berlaku. Sebab I ni suka buat research dulu before datang jumpa doktor ... So, I pun tak ada la tanya lebih-lebih kat doktor dan amazingnya I ni memang jenis berani mencuba. So, bila doktor suggest... I pun agreed. Husband I pulak, I dah siap-siap discuss dengan dia pasal iui ni... I kan sejenis yg suka time buat research, and then time tu jugak terus story kat husband. Luckily, husband I jenis ok je. Dia follow  ape yg I suggest. Walaupun nmpk style dia mcm tak focus dengan apa yang I cakap, (smpi ade masa I pun merajuk jugak dgn dia) ...  tp actually dia dengar rupanya 😊

So, kami pun agreed buat rawatan iui...next appointment, kami kena datang dalam day 14-16 masa tu. Ikut calendar period I time tu adalah waktu subur. Sebab cycle period I adalah +/-28 day every months. So, balik je doktor bekalkan ubat clomid untuk banyakkan telur (ovum) dan beberapa vitamins yg lain termasuk Husband I pun dapat vitamins.

Day 1 period - I call doktor bgtau nak buat appointment untuk day 14. So, along the way tu, kami pun makan la vitamins yanh doktor bagi and I pun makan la clomid. Time makan clomid tu ada rasa perut tak berapa selesa... Rasa senak pun ada. Rupanya telur tengah banyak dan nak membesar...

Day 14 - Hari yang ditunggu-tunggu untuk buat iui. Perasaan masa tu sangatla nervous. Appointment kami waktu tengah  hari. So, I pun ambil half day untuk pergi buat rawatan tu... Masa tu pulak, husband I outstation ke Miri dalam a few days. Dan hari kejadian, husband I pun fly back to kl dan ambil I kat ofis terus ke klinik doktor Hamid Arshat dekat Damansara. Bayangkan time tu flight husband I baru je landing and then direct to ofis I, and goes to clinic for iui procedure. Memang letih tahap maksima la. I pun tak sedap hati sangat sebab semua jadi macam rushing and tak relax pun. Bila nak buat iui or apa sahaja treatment yang melibatkan hormone ni, sepatutnya kita kena control all mood swing whatever.  Tapi time tu I tak cukup ilmu pasal ni... So, mood pun dah kelaut...

Bila sampai dekat klinik, dah check in semua... Doktor Aimi, anak doktor Hamid tanya I... "Puan nak procedure iui ni doktor Hamid handle or saya yang handle?" So, time tu my answer is Doktor Aimi. 😁 Sebab I pun segan la kalau dengan doktor Hamid. Even macam ayah2 pun... I still tak berapa selesa... Dah kebetulan doktor Aimi ada, guna la khidmat dia... So, procedure iui pun dilakukan... Tapi before that, kena check  telur dulu... Buat tvs scan... Bila scan je, doktor Aimi godek2... Mcm cari sesuatu... Lepas tu terpacul suara doktor Aimi "telur awak dah pecah ni. Tapi takpa, kita cuba ya. Boleh lagi ni... Mana tau ade rezeki." Perasaan I masa tu??? Memang tak sedap hati langsung dan dah tau confirm tak success kali ni. I boleh fikir mcm tu sebab dari awal sampai la jumpa doktor mood memang tak menentu... Tapi akhirnya I pun proceed je iui tu even 50-50 dah time tu. Kebarangkalian tak jadi tu lagi menebal...habis je procedure iui terus kami balik rumah dengan rasa hampa. Doktor pesan, kena bersama untuk 2 hari... Lepas tu stop tuggu sampai lewat datang period. Kalau lewat datang period, doktor suruh call untuk buat next appointment.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Persediaan sebelum IVF bersama Doktor Adilah Ahmat-1st IVF

Assalamualaikum. Hi...this is me, Rida! Ok sambung balik TTC story untuk dapatkan Aydin. Hehe... Actually banyak perkara nak kena ...