Wednesday 11 September 2019

Tips Travel Bersama Anak Kecil

Assalamualaikum. Hi.. this is me, Rida!

Owh ya! Apabila baca sahaja tajuk di atas pasti anda tertanya-tanya di manakah  sambungan untuk TTC seterusnya. Sebenarnya ada... InsyaaAllah, saya akan kongsikan bersama anda semua dalam waktu terdekat. Untuk sementara ini, saya akan kongsikan kepada anda beberapa tip untuk travel bersama anak kecil mengikut cara saya. ❤️

1. SUNTIKAN VAKSIN

Sebelum travel, pastikan anda dan anak kecil anda mengambil suntikan vaksin untuk ke luar negara. Suntikan vaksin ini perlu diambil sebulan sebelum tarikh bertolak untuk develop dalam badan. Kalau ambil terlalu dekat dengan tarikh bertolak ke luar negara, kemungkinan ubat vaksin tadi belum develop sepenuhnya. Disarankan ambil vaksin sebulan dari tarikh perjalanan anda. Di mana boleh dapatkan vaksin ni? Anda perlulah berjumpa dengan doktor anda dan doktor anda akan tanyakan negara mana yang akan anda lawati. So, dengan itu doktor akan berikan vaksin yang sesuai.

2. UBAT-UBATAN

Pastikan anda juga meminta ubat daripada doktor anda. Ubat yang diperlukan adalah ubat demam, ubat batuk, ubat selesema, ubat sakit perut dan segala ubat yang berkait dengan masalah kesihatan anda dan anak anda sekiranya ada. Jangan lupa bawak temperature sekali.

3. MAKANAN DAN MINUMAN

Sediakan juga makanan dan minuman yang disukai oleh anak anda. Biasanya kalau travel, kadang-kadang ambil masa yang agak lama untuk cari tempat makan atau masak makanan. Sementara kita dapat makanan yang kita pesan atau masak tu, at least anak anda boleh makan makanan yang kita bekalkan. Contoh makanan yang boleh bawa ialah biskut, roti dan sebagainya ikut citarasa masing-masing. Macam anak
saya dia suka makan biskut. So, memang kalau pergi jalan kemana-mana je, mesti biskut kami bawa dan air kegemarannya adalah air masak. Simple je kan.... Hehe...

4. MAINAN KESUKAAN

Sila la juga bawa mainan kesukaan anak anda. Kerana anak anda akan rasa boring sepanjang berada di dalam pesawat sekiranya tiada mainan dan dia akan meminta handphone atau gadget anda kelak. Jadi, untuk elakkan anak anda bermain gadget anda, adalah lebih baik anda bawakan satu beg mainan kesukaan anak anda. Selamat la juga handphone anda. 😉 Secara tidak langsung dapat mengajar anak anda daripada terus bermain dengan handphone. Macam anak saya, dia suka main segala macam transportation. Jadi saya akan bawakan satu beg kecil yang ada transportation kesukaan dia. Pernah tertinggal dan terpaksa berikan ipad.😳 Boleh diberikan tetapi perlu limitkan penggunaan.

5. KERJASAMA

Anda dan pasangan anda perlulah saling bekerjasama untuk memastikan kelancaran semasa travel anda. Sekiranya tiada kerjasama, perjalanan anda akan bermasalah.

6. DOA DAN SABAR

Iya. Banyakkan berdoa dan sabar. Itulah perkataan yang sepatutnya. Dalam apa-apa yang dilakukan anda perlulah banyak berdoa dan sabar. Memang akan ada macam-macam dugaan yang datang. Tapi bagaimana kita menguruskannya. Sebelum mulakan perjalanan, banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment

Persediaan sebelum IVF bersama Doktor Adilah Ahmat-1st IVF

Assalamualaikum. Hi...this is me, Rida! Ok sambung balik TTC story untuk dapatkan Aydin. Hehe... Actually banyak perkara nak kena ...