Saturday 14 September 2019

Percutian ke Cameron Highlands

Assalamualaikum. Hi... This is me, Rida! 

Percutian pertama Aydin semasa Aydin masih lagi bayi iaitu berusia 2 bulan lebih adalah ke Cameron Highlands. Masa tu bulan 2/2017. Aydin lahir masa 11/11/2016. Wah, masa ni Aydin baby lagi tau. Lepas mommy habis je pantang dan cuti bersalin masih tinggal dalam seminggu je lagi (cuti bersalin, mommy ambil 3 bulan) ... Mommy pergi bercuti ke Cameron Highlands bertiga sahaja. What??? Bertiga? Iya, bertiga sahaja... Mommy, daddy dan Aydin. Boleh ke? Pergi bertiga je, macam mana nak uruskan nanti? Means, Aydin nanti? Takda pembantu ke? Jawapannya, mommy dan daddy la nanti bekerjasama uruskan Aydin sepanjang percutian ke Cameron Highlands. Hehe. Kalau orang lain, mesti dah bawa mak, ayah atau adik beradik untuk bantu. Tetapi tidak bagi kami. Actually, memang nak bawa atuk dan nenek Aydin pergi...tetapi disebabkan atuk dan nenek Aydin tak dapat ikut atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan... Maka kami pergi bertiga sahaja. Jadi, inilah percutian yang pertama bersama Aydin inilah yang menjadi titik permulaan kami bertiga untuk meneruskan percutian-percutian yang seterusnya. 

Percutian kami hanya 2 hari satu malam sahaja. Asal percutian ini adalah sebab daddy nak tengok bola di Ipoh. So, sehari kami bermalam di Ipoh dan keesokannya kami bertolak ke Cameron Highlands. Pertama kali pergi bercuti bersama anak, perasaan itu sangat-sangatla seronok. Mana tak seronok, 8 tahun penantian akhirnya dengan izin Allah, Allah kurniakan Aydin untuk kami. Alhamdulillah. 

Percutian kami ke Cameron Highlands berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan kami. Alhamdulillah.

Jom tengok pictures Aydin, mommy dan daddy bercuti. 

















Nampak tak, Aydin baby sangat-sangatla masa ni. Hehe. Ada satu hari tu, mommy dan daddy lupa nak pakaikan baju tebal untuk Aydin, maklumla kononnya boleh balut Aydin dengan kain je. Habis sejuk menggigil anak mommy masa ni. Apalah mommy dan daddy ni. Sampai hotel, terus tukar kan baju yang sesuai untuk Aydin. Barulah kami keluar jalan2 semula. Seronok sangat bercuti dengan anak masa ni, kalau dulu, kemana je kami berdua. Tetapi sekarang tidak lagi. Alhamdulillah. 

(Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?) Surah Ar-Rahman. 



No comments:

Post a Comment

Persediaan sebelum IVF bersama Doktor Adilah Ahmat-1st IVF

Assalamualaikum. Hi...this is me, Rida! Ok sambung balik TTC story untuk dapatkan Aydin. Hehe... Actually banyak perkara nak kena ...