Monday 16 September 2019

Persediaan sebelum IVF bersama Doktor Adilah Ahmat-1st IVF

Assalamualaikum. Hi...this is me, Rida!

Ok sambung balik TTC story untuk dapatkan Aydin. Hehe... Actually banyak perkara nak kena ingat balik semasa buat rawatan IVF ni. So, kena la gali balik semua file dan nasib baik I ni jenis yang memang letak semua rekod perubatan dalam file. Memang dikhaskan untuk rawatan IVF ni. Bukan apa, sebab bila je dh tekad ke arah itu... Bermulalah segala perincian yang perlu dilakukan. Al-maklumla, rawatan ni memerlukan komitmen yang sangat-sangatla tinggi. Suami dan isteri perlu ada kerjasama yang kuat. Kalau tidak usaha ni tak akan berhasil. I juga ada buat nota kecil. Setiap kali jumpa doktor, buku kecil akan I bawa bersama dengan file dan setiap kali doktor beri penerangan, I akan tulis. Sebab tak nak lupa. Kadang-kadang masa tulis tu, tak paham doktor cakap, I akan minta doktor ulang balik. Hehe... Suami? Diam je masa tu, tapi I suruh dia fokus apa yang doktor cakap. Sebab nanti I akan tanya dia balik untuk kepastian. 

11 SEPTEMBER 2013 - Appointment Pertama

Appointment pertama dengan Doktor Adilah Ahmat di klinik doktor yang terletak di Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL).
Doktor buat scan TVS, buat blood test husband and wife, check sperm count untuk husband dan berikan ubat Progynova selepas bagitau nak proceed untuk IVF. Doktor inform untuk datang appointment kedua pada 23/9/2013 atau 24/9/2013. Owh ye masa jumpa doktor, I ada bgtau ambil supplement shaklee. And then doktor suruh stop makan semua supplement kecuali ubat doktor dan supplements yang doktor recommended je. Doktor suggested untuk ambil supplements untuk husband adalah multivitamin, vitamin C, zink, magnesium dan cellenium. Untuk I pulak doktor suggested ambil multivitamin sahaja. Supplements yang lain-lain kena stop. Disebabkan I ambil shaklee, doktor suruh untuk check blood test sekali lagi.

23 SEPTEMBER 2013 - Appointment Kedua


Appointment kedua hanya datang buat blood test kedua untuk check effect dari makan shaklee dan doktor bagi result blood test yg pertama. Semuanya ok, cuma hormone lelaki terlebih sikit. So, ubat Progynova tu la yang boleh betulkan hormone. Doktor suruh makan ubat Progynova tu bermula pada 24/9/2913 iaitu esoknya selepas appointment kedua. Cara makan ubat tu pula doktor siap bagitau suruh makan 1 biji pagi selepas makan pagi dan 1 biji malam selepas makan malam and then tunggu sampai period. I attached sekali result blood test yang I punya untuk rujukan.





24 SEPTEMBER 2013 - Start makan ubat Progynova


I ikut makan ubat tu seperti yang doktor bagitau dan multivitamin pun I start makan and then I tunggu sampai waktu period. Multivitamin I just ambil yang brand Blackmores je. Contoh Progynova yang doktor bagi adalah sama seperti picture kat bawah ni.


Source:Mr. Google.

Multivitamin brand Blackmores
I lupa brand vitamin apa yang husband I ambil sebab dah lama dia tak ambil vitamin sejak dah dapat anak ni. I masih lagi teruskan makan multivitamin ni sampai la sekarang. 

Owh ya, masa appointment kedua... Doktor ada pesan supaya bila datang period hari pertama doktor suruh:

1. Call atau whatapps doktor bagitau bila tarikh period pertama datang. 
2. Tanya doktor bila tarikh perlu datang klinik untuk scan telur dan;
3.  Tanya doktor juga bila tarikh nak stop ubat Progynova. 

Doktor juga dah buat senarai ubat yang perlu dibeli dari kak Fauziah dkt LPPKN. Tapi sekarang kak Fauziah dah tak jual ubat untuk IVF setelah kak Fauziah dah bersara. Tak sure pulak sekarang ni doktor suggest suruh beli ubat dekat mana dan doktor juga tak suggest untuk beli ubat dekat hospital kerana terlalu mahal. Untuk ambil ubat, doktor suruh call kak Fauziah dalam 4 hari sebelum period untuk standby stock ubat supaya kita boleh prepare ubat tu sebelum waktu period. Kalau hari ni period baru call kak Fauziah, memang ubat tu akan dapat lambat. So, macam mana nak guna ubat tu ikut time yang betul kan? Masa tu jugak doktor bagitau cara simpan semua ubat yang akan dibeli dengan kak Fauziah. Cara simpan semua ubat tu perlu diletakkan ke dalam peti sejuk khas. Bukan peti sejuk yang biasa kita guna yang ada dekat dapur kita tu. Sebab ada ubat tu kena jaga suhu dia. Tak boleh sentiasa buka peti sejuk. Jadi, kami pun beli la peti sejuk khas untuk simpan ubat semata dan letak dalam bilik. Ala...peti sejuk yang kecik tu, size box tu... Sesuai la letak semua ubat dan siap letak shringe, jarum bagai... Hehe. 

Ok, ni senarai ubat yang doktor suruh beli dengan kak Fauziah ialah:

1. Pergoveris = 8 kotak, mintak sekali jarum dan kapas
2. Cetrotide = 4 kotak
3. Ovidrel = 1 kotak
4. Utrogestan = 4 kotak

Picture kat bawah ni adalah nota tangan dari doktor sendiri. Siap tulis estimated harga ubat lagi per box. Tulisan merah tu, I yang tulis untuk lebih detail. Takut lupa. Hehe. 



27 SEPTEMBER 2013

I call kak Fauziah untuk standby ubat dan janji untuk ambil bila nak dekat period. I bagi tau nak semua ubat yang doktor suruh beli. Tak silap I total semua ubat dalam RM6k lebih. 

01 OKTOBER 2013

Jumpa kak Fauziah dekat rumah dia di Selayang. Masa tu jumpa kak Fauziah, sejuk je tengok raut muka kak Fauziah. Perasaan excited sangat-sangat masa tu sama macam 1st time jumpa doktor Adilah. 😁 Masa tulah kak Fauziah terang kan cara-cara penggunaan semua ubat tu. I attached nota I kat bawah ni supaya senang nak rujuk.



Ha... Paham tak apa yang I tulis dalam nota tu. Hehe... Kalau tak paham, meh I terang kan balik. Yang pictures atas tu adalah cara-cara penggunaan ubat Pergoveris. Ada 8 kotak yang perlu beli. Bila buka kotak je ada 2 botol kecik. 1 color putih dan 1 lagi color pink. Color putih tu ubat dia dalam bentuk serbuk dan color pink tu air untuk bancuh ubat serbuk tu. Perlu combine kedua-duanya barulah boleh sedut ubat tu guna shringe. Untuk cucuk ubat tu, kena guna jarum besar. 1st cucuk dekat air botol color pink, just ambil 0.5 sahaja. Kemudian masukkan air tu ke dalam botol putih yang ada serbuk dan goncang perlahan-lahan selama 7 kali. Jangan goncang kuat-kuat ye. Selepas itu tukar jarum ke jarum halus dan sedut semua ubat tadi sampai takde tinggal balance pun. Kalau ada balance kena sedut balik. Lepas tu barulah cucuk dekat perut berhampiran dengan pusat. Kalau 5 hari, so cucuk la keliling pusat tu. Masa ni kami bancuh ubat tu pukul 5 pagi setiap hari untuk 5 hari. Bila dah cucuk kat perut, kena baring kejap dalam 5 minit. 

Bersambung...



Saturday 14 September 2019

Percutian ke Cameron Highlands

Assalamualaikum. Hi... This is me, Rida! 

Percutian pertama Aydin semasa Aydin masih lagi bayi iaitu berusia 2 bulan lebih adalah ke Cameron Highlands. Masa tu bulan 2/2017. Aydin lahir masa 11/11/2016. Wah, masa ni Aydin baby lagi tau. Lepas mommy habis je pantang dan cuti bersalin masih tinggal dalam seminggu je lagi (cuti bersalin, mommy ambil 3 bulan) ... Mommy pergi bercuti ke Cameron Highlands bertiga sahaja. What??? Bertiga? Iya, bertiga sahaja... Mommy, daddy dan Aydin. Boleh ke? Pergi bertiga je, macam mana nak uruskan nanti? Means, Aydin nanti? Takda pembantu ke? Jawapannya, mommy dan daddy la nanti bekerjasama uruskan Aydin sepanjang percutian ke Cameron Highlands. Hehe. Kalau orang lain, mesti dah bawa mak, ayah atau adik beradik untuk bantu. Tetapi tidak bagi kami. Actually, memang nak bawa atuk dan nenek Aydin pergi...tetapi disebabkan atuk dan nenek Aydin tak dapat ikut atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan... Maka kami pergi bertiga sahaja. Jadi, inilah percutian yang pertama bersama Aydin inilah yang menjadi titik permulaan kami bertiga untuk meneruskan percutian-percutian yang seterusnya. 

Percutian kami hanya 2 hari satu malam sahaja. Asal percutian ini adalah sebab daddy nak tengok bola di Ipoh. So, sehari kami bermalam di Ipoh dan keesokannya kami bertolak ke Cameron Highlands. Pertama kali pergi bercuti bersama anak, perasaan itu sangat-sangatla seronok. Mana tak seronok, 8 tahun penantian akhirnya dengan izin Allah, Allah kurniakan Aydin untuk kami. Alhamdulillah. 

Percutian kami ke Cameron Highlands berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan kami. Alhamdulillah.

Jom tengok pictures Aydin, mommy dan daddy bercuti. 

















Nampak tak, Aydin baby sangat-sangatla masa ni. Hehe. Ada satu hari tu, mommy dan daddy lupa nak pakaikan baju tebal untuk Aydin, maklumla kononnya boleh balut Aydin dengan kain je. Habis sejuk menggigil anak mommy masa ni. Apalah mommy dan daddy ni. Sampai hotel, terus tukar kan baju yang sesuai untuk Aydin. Barulah kami keluar jalan2 semula. Seronok sangat bercuti dengan anak masa ni, kalau dulu, kemana je kami berdua. Tetapi sekarang tidak lagi. Alhamdulillah. 

(Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?) Surah Ar-Rahman. 



Wednesday 11 September 2019

Tips Travel Bersama Anak Kecil

Assalamualaikum. Hi.. this is me, Rida!

Owh ya! Apabila baca sahaja tajuk di atas pasti anda tertanya-tanya di manakah  sambungan untuk TTC seterusnya. Sebenarnya ada... InsyaaAllah, saya akan kongsikan bersama anda semua dalam waktu terdekat. Untuk sementara ini, saya akan kongsikan kepada anda beberapa tip untuk travel bersama anak kecil mengikut cara saya. ❤️

1. SUNTIKAN VAKSIN

Sebelum travel, pastikan anda dan anak kecil anda mengambil suntikan vaksin untuk ke luar negara. Suntikan vaksin ini perlu diambil sebulan sebelum tarikh bertolak untuk develop dalam badan. Kalau ambil terlalu dekat dengan tarikh bertolak ke luar negara, kemungkinan ubat vaksin tadi belum develop sepenuhnya. Disarankan ambil vaksin sebulan dari tarikh perjalanan anda. Di mana boleh dapatkan vaksin ni? Anda perlulah berjumpa dengan doktor anda dan doktor anda akan tanyakan negara mana yang akan anda lawati. So, dengan itu doktor akan berikan vaksin yang sesuai.

2. UBAT-UBATAN

Pastikan anda juga meminta ubat daripada doktor anda. Ubat yang diperlukan adalah ubat demam, ubat batuk, ubat selesema, ubat sakit perut dan segala ubat yang berkait dengan masalah kesihatan anda dan anak anda sekiranya ada. Jangan lupa bawak temperature sekali.

3. MAKANAN DAN MINUMAN

Sediakan juga makanan dan minuman yang disukai oleh anak anda. Biasanya kalau travel, kadang-kadang ambil masa yang agak lama untuk cari tempat makan atau masak makanan. Sementara kita dapat makanan yang kita pesan atau masak tu, at least anak anda boleh makan makanan yang kita bekalkan. Contoh makanan yang boleh bawa ialah biskut, roti dan sebagainya ikut citarasa masing-masing. Macam anak
saya dia suka makan biskut. So, memang kalau pergi jalan kemana-mana je, mesti biskut kami bawa dan air kegemarannya adalah air masak. Simple je kan.... Hehe...

4. MAINAN KESUKAAN

Sila la juga bawa mainan kesukaan anak anda. Kerana anak anda akan rasa boring sepanjang berada di dalam pesawat sekiranya tiada mainan dan dia akan meminta handphone atau gadget anda kelak. Jadi, untuk elakkan anak anda bermain gadget anda, adalah lebih baik anda bawakan satu beg mainan kesukaan anak anda. Selamat la juga handphone anda. 😉 Secara tidak langsung dapat mengajar anak anda daripada terus bermain dengan handphone. Macam anak saya, dia suka main segala macam transportation. Jadi saya akan bawakan satu beg kecil yang ada transportation kesukaan dia. Pernah tertinggal dan terpaksa berikan ipad.😳 Boleh diberikan tetapi perlu limitkan penggunaan.

5. KERJASAMA

Anda dan pasangan anda perlulah saling bekerjasama untuk memastikan kelancaran semasa travel anda. Sekiranya tiada kerjasama, perjalanan anda akan bermasalah.

6. DOA DAN SABAR

Iya. Banyakkan berdoa dan sabar. Itulah perkataan yang sepatutnya. Dalam apa-apa yang dilakukan anda perlulah banyak berdoa dan sabar. Memang akan ada macam-macam dugaan yang datang. Tapi bagaimana kita menguruskannya. Sebelum mulakan perjalanan, banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sunday 8 September 2019

TTC STORY PART 5 - 1st appointment dengan Doktor Adilah Ahmat aka doktor cantik!

Assalamualaikum. Hi this is me, Rida!

Ok, I terus sambung dari story yang sebelum ni. Lepas je balik dari klinik untuk procedure iui, kami pun terus balik ke rumah. Ingatkan lepas balik rumah, bolehlah relaks ke apa kan? Rupanya tak, I ni sejenis yang tak suka tengok rumah bersepah. So, apa lagi... I mulakan misi bersihkan car porch. Kalau dulu memang I ni suka sangat buat kerja-kerja pembersihan ni dari dalam rumah sampaila ke luar rumah. Kadang luar pagar pun I buat jugak. Tapi itu dulu, lepas I dah belajar dari seseorang (nama tak boleh mention... ), so I pun dah start belajar buat kerja mana yang rasa penting je. Kalau kat luar tu, biar husband yang settle kan. Nti kalau buat semua, husband takda kerja pulak nak buat. Hahaha...  Husband pun dah bising-bising kenapa buat kerja. Patutnya duduk rehat je lepas buat iui tu. Tapi ye la kan... Tak cukup ilmu masa tu. So, result daripada 1st iui ni memang negative. Macam biasa cik p akan datang menjengah setiap bulan tanpa missed pun. Perasaan ??? Mestilah kecewa dan sedih.

Setelah beberapa bulan selepas 1st iui tu, barulah I called klinik doktor Hamid Arshat dan inform klinik yang I tak pregnant lepas iui tu and I pun try tanya klinik yang I nak proceed ivf kalau doktor Hamid boleh buat procedure ivf. Sebab I tak nak bazir masa, bazir umur dan duit.... Sebab masa tu umur I dah masuk 31 tahun. After tanya staff kat klinik pasal nak proceed ivf, dia bgtau yang doktor tak buat ivf. Tapi kalau nak buat ivf, doktor akan refer ke Doktor Adilah Ahmat dekat Hospital Pantai KL (PHKL). Bila dia sebut nama doktor Adilah Ahmat, I pun terfikir yang kawan I ada suggest kat I suruh pergi jumpa doktor Adilah Ahmat. Tapi I tak pergi pun sebab dah jumpa doktor Hamid kan? Tapi bila staff klinik sebut nama doktor Adilah terus I rasa kenapa la tak pergi jumpa dia je... Hmmmm...So, I pun cakap ok. I nak refer ke doktor Adilah Ahmat dan semua dokumen I dari doktor Hamid Arshat di transfer ke klinik doktor Adilah Ahmat di PHKL. Semuanya diuruskan oleh klinik doktor Hamid. Tarikh appointment pun dia tolong buatkan.

1st appointment dengan doktor Adilah Ahmat sangat2 excited. Sebab apa excited... Sebab I dah buat research pasal doktor Adilah before datang jumpa dia. I baca semua blog doktor Adilah. Semua story berkenaan dengan kesuburan dan ivf. Ingat lagi, masa tu bulan 9 thn 2013, kami datang berjumpa dengan doktor Adilah Ahmat di bangunan lama PHKL. Sekarang klinik doktor dah pindah ke bangunan baru. Masa jumpa doktor, terus doktor tanya kenapa and kami pun story semua dekat doktor. Doktor pun baca jgk file dari klinik doktor Hamid. Selepas tu, doktor buat tvs dan check semua ok. Mean, tiada masalah. So, kami pun decided nak buat ivf secepat yang mungkin. Ivf pertama kami adalah pada bulan berikutnya iaitu bulan 10/2013. 1st appointment berjalan dengan lancar... Doktor minta untuk buat blood test. Check, thyroid, hepatitis, hiv, hormones dan semua yang berkaitan kecuali doktor tak check pun vitamin d pada masa tu. Sebelum balik, doktor suruh setkan untuk appointment kedua.

Kami balik dengan perasaan yang sangat2 happy sebab impian nak dapat anak sudah semakin hampir dengan rawatan ivf yang kami akan lakukan pada bulan berikutnya. Masa tu, bersyukur sangat2 sebab semuanya dipermudahkan.

Bersambung...

Friday 6 September 2019

TTC STORY PART 4 - 1st IUI

Assalamualaikum. Hi, this is me, Rida!

Perjalanan ttc I disambung lagi setelah usaha selama 3 bulan tidak berhasil. Kami pun dengan berat hati datang balik berjumpa dgn doktor Hamid Arshat. Doktor beritahu untuk cuba rawatan IUI pulak. Actually, before doktor mention pasal iui tu, I dah tau macam mana proses iui tu berlaku. Sebab I ni suka buat research dulu before datang jumpa doktor ... So, I pun tak ada la tanya lebih-lebih kat doktor dan amazingnya I ni memang jenis berani mencuba. So, bila doktor suggest... I pun agreed. Husband I pulak, I dah siap-siap discuss dengan dia pasal iui ni... I kan sejenis yg suka time buat research, and then time tu jugak terus story kat husband. Luckily, husband I jenis ok je. Dia follow  ape yg I suggest. Walaupun nmpk style dia mcm tak focus dengan apa yang I cakap, (smpi ade masa I pun merajuk jugak dgn dia) ...  tp actually dia dengar rupanya 😊

So, kami pun agreed buat rawatan iui...next appointment, kami kena datang dalam day 14-16 masa tu. Ikut calendar period I time tu adalah waktu subur. Sebab cycle period I adalah +/-28 day every months. So, balik je doktor bekalkan ubat clomid untuk banyakkan telur (ovum) dan beberapa vitamins yg lain termasuk Husband I pun dapat vitamins.

Day 1 period - I call doktor bgtau nak buat appointment untuk day 14. So, along the way tu, kami pun makan la vitamins yanh doktor bagi and I pun makan la clomid. Time makan clomid tu ada rasa perut tak berapa selesa... Rasa senak pun ada. Rupanya telur tengah banyak dan nak membesar...

Day 14 - Hari yang ditunggu-tunggu untuk buat iui. Perasaan masa tu sangatla nervous. Appointment kami waktu tengah  hari. So, I pun ambil half day untuk pergi buat rawatan tu... Masa tu pulak, husband I outstation ke Miri dalam a few days. Dan hari kejadian, husband I pun fly back to kl dan ambil I kat ofis terus ke klinik doktor Hamid Arshat dekat Damansara. Bayangkan time tu flight husband I baru je landing and then direct to ofis I, and goes to clinic for iui procedure. Memang letih tahap maksima la. I pun tak sedap hati sangat sebab semua jadi macam rushing and tak relax pun. Bila nak buat iui or apa sahaja treatment yang melibatkan hormone ni, sepatutnya kita kena control all mood swing whatever.  Tapi time tu I tak cukup ilmu pasal ni... So, mood pun dah kelaut...

Bila sampai dekat klinik, dah check in semua... Doktor Aimi, anak doktor Hamid tanya I... "Puan nak procedure iui ni doktor Hamid handle or saya yang handle?" So, time tu my answer is Doktor Aimi. 😁 Sebab I pun segan la kalau dengan doktor Hamid. Even macam ayah2 pun... I still tak berapa selesa... Dah kebetulan doktor Aimi ada, guna la khidmat dia... So, procedure iui pun dilakukan... Tapi before that, kena check  telur dulu... Buat tvs scan... Bila scan je, doktor Aimi godek2... Mcm cari sesuatu... Lepas tu terpacul suara doktor Aimi "telur awak dah pecah ni. Tapi takpa, kita cuba ya. Boleh lagi ni... Mana tau ade rezeki." Perasaan I masa tu??? Memang tak sedap hati langsung dan dah tau confirm tak success kali ni. I boleh fikir mcm tu sebab dari awal sampai la jumpa doktor mood memang tak menentu... Tapi akhirnya I pun proceed je iui tu even 50-50 dah time tu. Kebarangkalian tak jadi tu lagi menebal...habis je procedure iui terus kami balik rumah dengan rasa hampa. Doktor pesan, kena bersama untuk 2 hari... Lepas tu stop tuggu sampai lewat datang period. Kalau lewat datang period, doktor suruh call untuk buat next appointment.

Bersambung...

Thursday 5 September 2019

TTC STORY PART 3

Assalamualaikum. Hi this is me, Rida!

Perjalanan ttc I actually ambil ms yg agak panjang jgk. It took me a long journey to get a baby... Since 2008 - 2016 and 2012 until 2016 (intensive treatment). My feeling???  Owh, mcm2 feeling yg ade... I have mixed feelings about this... Even now, bile igt blk semua memories ni... sometimes I akan nangis...nangis sbb bersyukur sgt2 yg I dpt lalui semua ni. I doakan pada semua rakan2 yg masih belum ade anak dan semua yg wanita2 yg senasib dgn I smg uols semua akan dpt anak suatu hr ni. InsyaAllah, rezeki uols akan tiba juga. Allah akan beri rezeki tepat pada masanye...

Berbalik pada sambungan TTC I, hari I warded tu, hari anniversary I yg ke 4. Ye..08-08-2012 mase tu. I igt lg... N ms tu I  berharap sgt2 lepas je operation ni... I akan ade baby. Smg ade miracle utk I n husband after ni... So nxt yr anniversary... Kami harap dh ade baby...sgt2 berharap.

After discharge dr hospital, I terus blk Kuantan. So, sepanjang 1 bulan mc tu... Mak n kakak I yg jage. Alhamdulillah, semua diuruskan dgn baik. Ms tu bulan puasa. 15 Ramadan smpi la raya... After raya, I blk Subang... Dan tiba la hari utk follow up check up. Jumpe doktor Hamid Arshat...doc pun mcm biasela... Senyum... Soft je ckp... Dia check n tgk semua ok. Doc suh try natural utk 3 months... After 3 months, dtg blk utk nxt appointment n nxt treatment.

So, what happen next??? Tgu sambungan part 4 ye. Assalamualaikum. This is me, Rida! ❤️❤️❤️

TTC STORY PART 2

Assalamualaikum. Hi, this is me, Rida!

Ok, sambungan dr part 1… Bile I balik umh after jumpe doc Hamid Arshat… I byk pk psl ni. Perlu ke nk buat surgery? Klu surgery nti ade effect lain ker? Even husband I pun byk pk psl ni. Ye la kan… Kami nk ade anak, tp x sangka plk kena buat surgery… Family semua x tau psl ni… Kami ni sgtla secrective psl ni. Sbb x nk org tau. Ms ni sbb xde ilmu that’s why kami ni x brp nk share sgt dgn org. Tp I byk share dgn kawan2 yg rapat je… Utk tanye pendapat n lebih kpd meluahkan perasaan jgk. Sbb I ni jenis x boleh pendam. Klu pendam, nti demam, gastric la… Mcm2 lg sakit yg kuar. So, I kena cari kawan yg boleh I luahkan. 1st appointment dgn doc Hamid bulan 3…2nd appointment kami dtg dlm bulan 6 or 7 mcm tu… Set kan utk buat surgery. Tekad dh ms ni lepas byk kali pk. Kami mmg stick pd keputusan nk buat surgery. Jumpe doc n doc tanye mcm mn? Kami sebulat suara bgtau kami nk buat surgery. So, doc pun set la date kami utk buat surgery pd bulan Ramadan thn 2012. Maknenyer I x puase la dlm bulan Ramadan tu. Operation tgh2 bulan Ramadan.. So, 15 hr x puase. Alhamdulillah, utk puase tu I dh abis ganti puase.. 👉👈


Lagi seminggu nk buat operation, br bgtau family… So, mcm2 la soalan n pertanyaan.. Tp sbb dh set kan date utk operation, so x boleh nk patah balik. Kami proceed je. Mintak doa kat mak ayah kami smg operation berjaya… X pernah buat operation… So nervous la sikit. Mcm2 pk, klu time operation tu ade implications ke… X bgn2 smpi sudah ker… Hmmm… Mcm2 pk. Lastly, tawakkal kerana Allah. Sbb nk ade anak punye pasal… I buat semua ni lps dh mcm2 care I n husband buat… Jd operation pun bermula… Lepas bg ubat bius, x smpi 5 saat I nk x sedar, smpi la nurse kejutkan bgtau dh abis operation. So, dia nk tolak I ke ward. Ms dia kejutkan tu… I bgtau dia yg I kejap lg nk kena operate … So, boleh bg injection x? Hahaha. Padahal dh abis operation pun. Tp nurse ni dia bg jgk injection kat peha I, maybe ubat tahan sakit kot… Lepas tu I lelap blk… Buka2 mate dh smpi bilik n husband pun dh tgu dkt bilik. Sakit tu x rase lg sbb ubat bius tu masih ade… Dh la lapo, nurse x bg mkn smpi la ubat bius tu hilang… Sbb takut muntah. Klu muntah bahaye plk… Kang terbukak plk jahitan… Owh ye.. I igtkan doc buat laporascopy… Tebuk 3 lubang je kat perut… Rupenyer doc belah perut mcm org bersalin operate. So, panjang jgk la jahitan tu. Lepas abis je ubat bius br la rs sakit yg amat… Pedih2… X selesa… Nk bgn sakit… Doc suruh lepas abis je ubat bius dh boleh bgn ke toilet… Cpt2 bgn x nk jd darah beku…biar darah mengalir smooth je… Dh la sakit, nk jln ke toilet pun rs seksa je. Aduh! 😢

Esknyer doc Hamid dtg n bgtau endometriosis I at early stage,so x perlu injection utk stop kan period… Dia bgtau after 1 months jumpe dia blk utk follow up. N doc bgtau jgk dia dh betulkan kedudukan rahim. Dia pusingkan rahim ke depan n ikat kiri n kanan supaya rahim I x gerak2 ke belakang dh. So, I checked in dkt Hospital Pantai KL dlm 3 hari 2 malam. Discharge je terus blk Kuantan… Mc sebulan… so, bermulalah episod mc yg lame... Klu b4 ni, mc x smpi 10 hr setahun... Tup2, mc sebulan!

Ok, smpi sini dulu. Nti I post part 3 plk.See ya. This is me, Rida! Assalamualaikum. ❤️❤️❤️

Persediaan sebelum IVF bersama Doktor Adilah Ahmat-1st IVF

Assalamualaikum. Hi...this is me, Rida! Ok sambung balik TTC story untuk dapatkan Aydin. Hehe... Actually banyak perkara nak kena ...